Tuesday, February 2, 2010

MY BLOG NAME

Cahaya yang terhasil membentuk Tipografi iaitu "Lala Sirazela".Cahaya ini dihasilkan di bilik gelap iaitu dengan mematikan dan menghidupkan Lampu Suluh secara berselang seli."Shutter Speed" yang digunakan untuk menghasilkan gambar ini ialah 15 saat.Tempoh masa selama 15 saat ini telah ditetapkan untuk memastikan gambar betul-betul terhasil.

BUTTERFLY

Bentuk Rama-rama telah dipilih sebagai hasilan gambar yang menggunakan teknik "LED Light".

KLEF TREBLE

Bentuk "Music Not" iaitu Klef Treble telah dipilih untuk menghasilkan gambar di sebelah.

TEXTURE

Gambar di sebelah menunjukkan permukaaan(Texture) batu yang telah diambil di Kawasan sekitar Batu 7 Kota Samarahan Sarawak.Gambar ini juga diambil pada waktu senja untuk menghasilkan kesan permukaan Batu yang menarik.Saya terpaksa mendaki Bukit untuk mengambil gambar yang menarik ini.

SYMMETRY

Gambar di sebelah menunjukkan elemen "Symmetry", iaitu gambar yang mempunyai komposisi(Image composition) yang seimbang.Gambar Bangunan Apartment ini telah diambil di kawasan Tabuan Jaya Sarawak berdekatan dengan Taman Sahabat.

PATTERN

Gambar ini memperlihatkan corak "Pattern" Batu bata yang telah diambil di Jalan Simpang Batu 3 Kuching Sarawak.Gambar yang mempunyai corak berulang ini bertujuan untuk mengkaji jenis-jenis corak yang ada.

LINES

Gambar di sebelah menunjukkan cahaya garisan yang terhasil daripada Lampu kenderaan di Jalan raya.Cahaya yang bersilang pada gambar merupakan pertembungan antara cahaya Lampu kereta dengan cahaya daripada Lampu Motorsikal.Gambar ini telah diambil pada pukul 02.15 a.m di Jalan Simpang Batu 3.Gambar ini juga adalah antara gambar yang amat susah untuk dihasilkan kerana memerlukan tetapan(setting) yang terbaik pada Kamera.

DEPTH OF FIELD

Gambar ini telah diaplikasikan dengan meletakkan elemen 'Depth of Field', iaitu gambar yang hanya memfokuskan kepada satu objek sahaja.Latar belakang(Background) seakan-akan tidak memberi impak pada gambar.Gambar ini telah diambil di kawasan parkir motorsikal Kolej Bunga Raya.Gambar hanya memfokuskan kepada seekor Serangga yang ingin memasuki lubang tanah sebagai objek utama.