Wednesday, April 14, 2010

STILL LIFE 2

STILL LIFE

NATURAL

Serangga kecil di dalam gambar merupakan objek utama.Gambar lebih natural kerana terdapat tumbuhan hijau yang mengelilingi serangga tersebut.Gambar ini diambil di kawasan berdekatan sungai Annah Rais, Sarawak.

NATURAL


Gambar Tumbuhan hutan ini telah diambil di kawasan berdekatan Sungai kampung Annah Rais Sarawak.

LANDSCAPE

Gambar ini adalah bagi menunjukkan Batang Buloh yang digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian penduduk kampung Annah Rais Sarawak, termasuk pembinaan penempatan, alatan memasak, alat muzik dan kraf tangan.

LANDSCAPE


Gambar landskap menunjukkan suasana Rumah panjang yang menggunakan Batang Buloh sebagai tempat laluan penduduk di kampung Annah Rais Sarawak.Penduduk di kampung ini juga menternak Ayam dan Itik untuk dijadikan bekalan makanan mereka, seperti yang terdapat pada gambar (Itik).

LANSCAPE


Gambar ini merupakan salah satu dripada tontonan umum yang disediakan di dalam salah satu rumah contoh di Kampung Annah Rais Sarawak.Objek pada gambar ialah tempat untuk memasak dengan menggunakan kayu api, penduduk di kampung tersebut.Suasana dalam rumah tersebut amat gelap kerana bertutup penuh menyebabkan gambar terpaksa diambil secara automatik.

PORTRAIT 2


Gambar menunjukkan laluan sempit yang menghubungkan antara satu barisan Rumah panjang dengan Rumah panjang yang lain di Kampung Annah Rais Sarawak. Laluan yang basah selepas hujan memberi kesan menarik terhadap gambar ini.

EXPERIMENTAL PORTRAIT


Juga menggunakan objek yang sama tetapi kadar cahaya dan kelajuan (speed) yang berbeza.Api pada gambar kelihatan lebih nyata iaitu, fokus hanya terletak pada api tersebut.

PORTRAIT


Gambar ini menggunakan batang Buloh sabagai objek utama.Buloh tersebut merupakan salah satu medium masakan bagi penduduk di kampung Annah Rais, Sarawak.Buloh ini digunakan sebagai bekas untuk meletakkan ayam berempah dan dibakar sehingga ayam tersebut masak sepenuhnya.Makanan tradisional masyarakat sarawak ini dikenali dengan nama Ayam Buloh @ Ayam Pansuh.

EXPERIMENTAL PRODUCT


Juga menggunakan objek yang sama tetapi melalui jarak yang berbeza.Objek pada gambar kelihatan kabur @ samar-samar pada bahagian belakang .Ini bagi menunjukkan objek kelihatan jelas seterusnya menimbulkan kesan nyata terhadap gambar.

MINIATURE PRODUCT

Gambar menunjukkan sebuah kereta mainan yang telah diambil dari jarak dekat untuk menimbulkan kesan sebenar.Objek kelihatan seakan-akan kereta sebenar kesan daripada teknik penggambaran yang dibuat.

Tuesday, April 13, 2010

GLASSES

Ini ialah gelas kaca yang telah diambil dari posisi hadapan untuk menampakkan lagi bentuk serta permukaan gelas dengan lebih jelas.